asyiqah-3n1

Tuesday, October 26, 2010

Surat Kiriman Rasmi

Fadilah bte Yunos
Blok 183 Jalan Kembangan
#02-123
Singapura 100183

1 Oktober 2010

Pegawai Perhubungan Awam
Majlis Bandaran Taman Anggerik
Blok 20 Jalan Kembangan
#01-44
Singapura 490020

Tuan

Perkara: Tidak Menjaga Kebersihan Apabila Menjaja Makanan

Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin membuat aduan tentang gerai di pasar malam berdekatan rumah saya yang tidak menitikberatkan soal kebersihan apabila menjaga makanan. Saya amat khuatir dengan keadaan ini.

Keadaan di tempat itu amat kotor. Sampah- sarap tidak dibuang ke tong sampah dengan betul. Sampah- sarap berkeliaran di lantai. Saya ternampak ada beberapa tikus yang lari sambil mengambil makanan yang berkeliaranitu.Terdapat juga tumpahan minyak di lantai. Keadaan begini tidak disukai ramai.

Penjual- penjual itu menggunakan tangan untuk mengambil makanan tanpa mencucinya dan terus memberi kepada kami. Mereka tidak seharusnya berbuat demikian. Pada di makanan pula, terdapat banyak lalat. Mereka seperti tidak membuat apa- apa pununtuk menghalau lalat- lalat itu. Perkara begini amatlah kurang tanggungjawab dari mereka. Mereka menjual makanan yang kotor kepada kami.

Saya terlihat selepas penjual itu memotong daging menggunakan pisau itu pula menggunakan pisau itu untuk makanan lain tanpa mencucinya dahulu. Bukan sahaja tempat mereka kotor, baju mereka kelihatan seperti telah tertumpah banyak benda. Terdapat beberapa cara- cara yang tuan boleh lakukan. Tuan boleh adakan pemeriksaan tentang kebersihan di tempat itu. Jika tuan mendapati tempat mereka kotor, tuan boleh saman menerka. Tuan juga harus memastikan bahawa mereka selalu menjaga kebersihan mereka. Tuan juga boleh mengajar atau memberitahu mereka tentang kebersihan. Tuan boleh menghantar golongan dari 'Health Promotion Board' untuk mengajar mereka tentang kebersihan. Kebersihan boleh mengelakkan daripada penyakit- penyakit.

Akhir kata, saya harap tuan akan mengambil tindakan tentang perkara ini. Saya amat khuatir dengan keadaan begini kerana boleh menjejaskan kesihatan kita. Saya harap tuan faham. Segala kerjasama dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang benar
Fadilah
(Fadilah)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home