asyiqah-3n1

Tuesday, March 24, 2009

Cuti Sekolah.

Pada Sabtu lalu, saya telah pergi ke kem di sekolah. Kem itu selama tiga hari dua malam. Kumpulan saya tidak menang tetapi kami berasa cukup bahagia dengan kem itu. Kami semua tidur di dalam kelas. Pada hari pertama, kami semua bercatuan makanan. Kami semua harus memasak sendiri. Pada hari yang lain, kami diberi makanan yang enak. Semua yang di menengah dua harus membawa seragam ncdcc kami. Sungguh leceh untuk dibawa ke sekolah. Saya berasa sungguh gembira dengan kem itu.


Pada hari Rabu pula, saya telah pergi ke E!Hub dengan Faizul, Amira, Fitriah dan Huda. Kami semua menonton "Race To Witch Mountain". Ceritanya bagus. Selepas menonton, kami semua pergi memakan. Kami semua ketawa sesama. Selepas makan pula, kami semua pergi ke taman dan duduk di sana. Terdapat ramai orang di sana. Ada yang sedang bersenam dan ada juga sedang duduk.


Saya juga buat kerja sekolah saya. Banyak kerja sekolah yang diberikan guru- guru.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home