asyiqah-3n1

Monday, March 9, 2009

Satu Filem Menarik Yang Pernah Saya Tonton.

Filem yang palaing menarik yang pernah saya tonton ialah "Twilight". Cerita ini mengenai drakula jatuh cinta dengan seorang manusia. Nama manusia itu ialah Isabella Swan. Nama drakula itu pula Edward Cullen.

Edward tidak akan menjadi tua tetapi dia akan sentiasa menjadi tujuh belas. Dia akan meminum darah binatang atau jika dia rasa haus. Isabella menukar ke sekolah Edward kerana dia berpindah ke rumah bapanya. Pada mulanya, Isabella tidak tahu bahawa Edward adalah seorang drakula. Isabella begitu rapat dengan Edward. Isabella telah jatuh hati kepada Edward. Lama- kelamaan Isabella dapat tahu bahawa Edward bukan manusia biasa. Dia dapat tahu daripada gerak- geri Edward. Dia menjadi curiga dan membuat kajian. Di dalam kajian, terdapat bahawa Edward adalah seorang drakula. Dia tidak takut kepada Edward kerana dia tahu bahawa Edward tidak akan melukainya.

Malahan, Isabella ingin menjadi drakula. Dia ingin bersama dengan Edward. Mereka saling menyintai dan Edward akan selalu menjaga Isabella jika dia tidak selamat. Dia akan menyelamatkannya.

Cerita ini menarik bagi saya kerana terdapat banyak aksi dan lucu. Saya amat terpegun dengan cerita ini kerana cerita ini unik.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home