asyiqah-3n1

Thursday, August 12, 2010

Surat Kiriman

Afiqah binti Ramli
Blk 33, Jalan Mengkudu
#05-50
Singapura 330033

13 Ogos 2010

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap
20 Jalan Insaf
Singapura 780301


Tuan

Perkara: Perkhidmatan Bas Cekap Disambung Semula



Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin membuat rayuan agar perkhidmatan tersebut disambung semula. Ini membuat banyak kesukaran kepada para penduduk yang tinggal di kawasan itu. Kami telah biasa dengan adanya perkhidmatan bas tersebut yang ada di berdekatan dengan kawasan rumah kami. Kami telah biasa dengan adanya perkhidmatan bas itu untuk melalui kawasan rumah kami.


Jika perkhidmatan bas tidak melalui di kawasan tempat tinggal kami, kami harus berjalan ke rumah kami dengan jarak yang lebih jauh. Terdapat ramai warga emas yang tinggal di kawasan itu. Ini amat susah untuk mereka kerana mereka tidak mampu untuk berjalan begitu jauh. Bukan sahaja warga emas yang melalui keadaan yang susah itu malahan orang yang mengalami kesakitan kaki.

Terdapat ramai kaum wanita yang selalu pergi ke pasar tiap- tiap hari dan harus menaiki bas tersebut. Ini menybabkan keadaan lebih susah bagi mereka kerana mereka harus berjalan dengan jarak yang jauh dan mengangkat benda- benda pasar bersama mereka. Jika Perkhidmatan bas itu masih ada, keadaan susah sebegini tidak menyusahkan para penduduk yang tinggal berdekatan.

Akihir kata, saya harap agar tuan dapat menyambung semula perhidmatan bas tersebut. Ini telah menyebabkan banyak keadaan susah terhadap para penduduk yang tinggal berdekatan. Saya harap tuan fahami keadaan kami. Terima Kasih.


Yang benar
Afiqah
(Afiqah Binte Ramli)

8 Comments:

  • Assalamualaikum Asyiqah! :D

    Bahasa awak sungguh baik sekali tetapi mempunyai kesilapan ejaan yang boleh awak memperbaiki. Isi awak baik kerana mempunyai keterangan yang jelas. Bagus!

    By Blogger Frisha Anisah, At August 17, 2010 at 5:15 PM  

  • Asyiqah , surat awak menerangkan makna dan seba-sebab yang awak berikan sangat baik . Cuma awak banyak ayat yang tidak begitu menerangkan makna . Seperti di perenggan 1 dan 2 . Ada ayat yang kurang saya fahami akibat bahasanya . itu sahajalah yang dapat saya katakan . Terima kasih .

    'FyqahSeweL;)

    By Blogger Fyqah, At August 17, 2010 at 5:20 PM  

  • HI.

    Butir butir diterangkan dengan amat jelas. Segi bahasa pun amat baik. Isi juga boleh diperbaiki.

    By Blogger Eeeyarna., At August 17, 2010 at 5:27 PM  

  • ASYIQAH ;;
    "Perkara" kamu harus diletakkan di tengah-tengah.
    Bahasa kamu bagus. :)
    Kamu mempunyai butir-butir yang bagus juga.
    Saya rasa kamu boleh mendapat markah yang tinggi untuk surat kiriman.
    TERUS BERJAYA , ASYIQAH. ! :D
    -'SHAFIQAH S.

    By Blogger ღShaღ, At August 17, 2010 at 5:31 PM  

  • Format tidak mempunyai apa-apa kesalahan. Dalam segi bahasa pula, bagus. Isi memenuhi surat kiriman. Juga mempunyai contoh- contoh yang wajar untuk menyokong isi yang diberi. Keseluruhannya, ia boleh diperbaiki lagi.

    By Blogger !@IzZwAn@! 2E2, At August 17, 2010 at 5:31 PM  

  • Format awak baik, isi deterangkan dengan jelas, bahasapun amat baik.

    By Blogger Ammal, At August 17, 2010 at 5:39 PM  

  • Bagus dan saya tidak tahu apa lagi yang hendak di commentkan.

    By Blogger Afiq Mudrikah, At August 17, 2010 at 5:40 PM  

  • Segi bahasa amat bagus. Isi baik,telah diterangkan dengan baik. mempunyai contoh-contoh untuk isi. Format tidak ada apa-apa kesalahan. masih boleh diperbaiki

    By Blogger haziq4e4, At August 17, 2010 at 5:40 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home