asyiqah-3n1

Tuesday, March 24, 2009

Taman Tema Yang Ingin Saya Kunjungi.

Taman Tema yang saya ingin saya kunjungi ialah, Lotte World di Korea Selatan. Ada satu gelanggang meluncur dan kolam/ taman luncur air, pusat membeli- belah dan hotel. Terdapat Amusement Park. Ia adalah dunia taman tema tertutup terbesar. Dibuka pada 1989, ia telah direka bentuk oleh sesetengah bagi dunia pereka taman hiburan yang paling berkedudukan. Ada Folk Museum juga. Rakyat Museum menyediakan satu pengalaman cemerlang sejarah Korea dan membela miniatur yang terus dan perwakilan saiz sebenar setiap hari dan acara istimewa. Sports Center juga ada di situ.

Cuti Sekolah.

Pada Sabtu lalu, saya telah pergi ke kem di sekolah. Kem itu selama tiga hari dua malam. Kumpulan saya tidak menang tetapi kami berasa cukup bahagia dengan kem itu. Kami semua tidur di dalam kelas. Pada hari pertama, kami semua bercatuan makanan. Kami semua harus memasak sendiri. Pada hari yang lain, kami diberi makanan yang enak. Semua yang di menengah dua harus membawa seragam ncdcc kami. Sungguh leceh untuk dibawa ke sekolah. Saya berasa sungguh gembira dengan kem itu.


Pada hari Rabu pula, saya telah pergi ke E!Hub dengan Faizul, Amira, Fitriah dan Huda. Kami semua menonton "Race To Witch Mountain". Ceritanya bagus. Selepas menonton, kami semua pergi memakan. Kami semua ketawa sesama. Selepas makan pula, kami semua pergi ke taman dan duduk di sana. Terdapat ramai orang di sana. Ada yang sedang bersenam dan ada juga sedang duduk.


Saya juga buat kerja sekolah saya. Banyak kerja sekolah yang diberikan guru- guru.

Monday, March 9, 2009

Satu Filem Menarik Yang Pernah Saya Tonton.

Filem yang palaing menarik yang pernah saya tonton ialah "Twilight". Cerita ini mengenai drakula jatuh cinta dengan seorang manusia. Nama manusia itu ialah Isabella Swan. Nama drakula itu pula Edward Cullen.

Edward tidak akan menjadi tua tetapi dia akan sentiasa menjadi tujuh belas. Dia akan meminum darah binatang atau jika dia rasa haus. Isabella menukar ke sekolah Edward kerana dia berpindah ke rumah bapanya. Pada mulanya, Isabella tidak tahu bahawa Edward adalah seorang drakula. Isabella begitu rapat dengan Edward. Isabella telah jatuh hati kepada Edward. Lama- kelamaan Isabella dapat tahu bahawa Edward bukan manusia biasa. Dia dapat tahu daripada gerak- geri Edward. Dia menjadi curiga dan membuat kajian. Di dalam kajian, terdapat bahawa Edward adalah seorang drakula. Dia tidak takut kepada Edward kerana dia tahu bahawa Edward tidak akan melukainya.

Malahan, Isabella ingin menjadi drakula. Dia ingin bersama dengan Edward. Mereka saling menyintai dan Edward akan selalu menjaga Isabella jika dia tidak selamat. Dia akan menyelamatkannya.

Cerita ini menarik bagi saya kerana terdapat banyak aksi dan lucu. Saya amat terpegun dengan cerita ini kerana cerita ini unik.